Teka-teki lawak..
1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
4) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
8)Banyak-banyak ikan, ikan apa ada bulu ketiak?
Kalau fening sangat tengoklah jawapannya kat bawah ni...
1) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah
2) MILO AIS
3) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh. sebab tulah dia angkat sebelah aje.
4) lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
5) Semut yang matanya BENGKAK
6) Motosikal.. ... .sebab dia pakai tongkat
7) kambing binATANG
8) Ikan duyung
Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan? "
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
Lagi teka-teki bersama jawapannya sekali supaya korang tak pening:
Dalam byk2, kain apa yang paling berat di dunia? * = Kain songket cap Gajah Duduk
Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa? * = Jatuh la nyonya tu...
Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia? * = Penyapu
Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa? * = Jawapan lain salah la...
Ibunya diurut, anaknya dipijak. * = Tangga
Pokok apa bila manusia nampak dia lari? * = Pokok nak tumbang la...
Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyayikannya? * = Lagu 'Happy Birthday'lagi...
Air apakah yang paling berani sekali? * = Air terjun
Sungai apa yang paling kurus di dunia? * = 'Slim River'
Sungai apakah yang tiada air? * = Sungai di dalam peta
Buah apa bila dia masak dia timbul? * = Buah Melaka
Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa? * = Jadi banyak la...
Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar? * = Kedua-duanya boleh digoreng
Pak Pandir beli Handphone (Kenapa Pak Pandir? Pasal Pak Pandir adalah brand bagi kebodoh-bodohan)
.
Pada suatu hari, ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Dia berasal dari sebuah daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan.. Dia datang ke sebuah kedai handphone.
.
"Saya mahu beli handphone yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong.
.
"Ini encik, handphone yang encik inginkan... tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin.
.
"Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir.
.
"Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh guna".
.
"Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke kampungnya. Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula.
.
"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!! !!!!!!!" marah Pak Pandir.
.
"Oooooo... ... mungkin tak ada signal encik".
.
"Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekali"
Tuesday, May 27, 2008
Teka Teki
Nukilan
mamajambu
at
27.5.08
0
comments
Wednesday, March 12, 2008
Tidur Yg DiBangunkan
Dalam Syarah al-Muhazzab, Asy Syeikh Muhazzab, Asy Syeikh Muhyiddin An Nawawy berkata disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir habis. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT iaitu tolong-menolonglah antara kamu dalam ketakwaan dan kebaktian.di dalam kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang tidur dalam keadaan :
1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis
2. sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat
3. jika tidur pada saf pertama di dalam masjid
4. jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar]
5. jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi
berada di tempat teduh
6. jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari
7. jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan
solat adalah makruh
8. jika tidur selepas azan
9. jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan
sebagai makruh
10. jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan walah menghadap ke atas.
Didalam kitab al-Mlnhaad dinyatakan makruh
11. jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan
teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu
“tidak dimikian itu, dibenci Allah dan RasulNya
12. adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan
oleh Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini
Rasulullah SWA bersabda :“Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian
membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercipkan air
ke mukanya
Nukilan
mamajambu
at
12.3.08
0
comments
Labels: Takzirah
Wednesday, September 19, 2007
9 Siti Yang Patut Dicontohi
Antara 9 Siti yang patut dicontohi:-
1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadatdi Gua Hira'.
2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata : 'Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu'.
3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'.
Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.
Nukilan
mamajambu
at
19.9.07
0
comments